Ada bulan ada bintang,
Bintang teranggun itu kejora,
Kuucapkan selamat datang,
Di blog perkongsian semua.
Assalamualaikum semua, nama saya Nor Alissa binti Mohamad Zainal. Anak ketiga dari empat orang adik beradik. Dilahirkan di Segamat,Johor pada 07.05.1999. Sekarang masih meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi,Pahang. Alhamdulillah akhirnya sem 1 berakhir dengan lancar tapi masih menunggu keputusan. Dulu lepas habis pt3 memang nak ambil aliran sains tapi tak tahu pulak aliran ni mencabar. Jadi, saya tetap teruskan dengan aliran sains sehingga habis spm pada tahun 2016. Sementara tunggu keputusan keluar saya mencari pengalaman untuk bekerja di sebuah kedai buah di Segamat,Johor. Baru tahu penatnya bekerja tu macam mana. Lepas tu dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang jadi di sinilah cabaran hidup yang sebenar bermula. Saya mengharapkan keputusan yang terbaik dan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan dan yang paling penting never give up because great things take time. Teruskan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Sekarang dah masuk sem 2 di Kolej Matrikulasi Pahang. Saya mengambil modul 3 di mana ada 4 subjek yang utama iaitu Biologi,Mathematics(add math), Sains komputer dan Kimia. Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan.
The 3 C's in life : Choice, Chance, Change. You make the Choice,to take the Chance,if you want anything in life to change. When something goes wrong in your life, just yell, '' plot twist'' and move on.
Sekian,
No comments:
Post a Comment